Taklimat dan Forum Zakat di Lembaga Air Perak
14 Disember 2023 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Taklimat dan Forum Zakat dengan kerjasama Lembaga Air Perak (LAP) hari ini bertempat di Bangunan Baru LAP. Program dihadiri lebih 250 orang kakitangan Lembaga Air Perak daripada seluruh cawangan Negeri.
Program bermula dengan taklimat zakat yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Faiz bin Zakaria, Pengurus Unit Dakwah, Bahagian Pemasaran MAIPk. Antara penekanan yang disampaikan termasuklah keistimewaan 100% Rebat Cukai kepada pembayar zakat serta info berkaitan Skim Bantuan Zakat yang disediakan MAIPk.
Program diakhiri dengan Forum Zakat yang menampilkan Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Ustaz Rohizan bin Hj. Omar bergandingan bersama Pendakwah Bebas terkenal, Dato' Ustaz Mohd Kazim bin Elias.
Alhamdulillah, program berjalan dengan sangat baik dan para kakitangan Lembaga Air Perak yang hadir turut menunaikan tanggungjawab zakat mereka terutamanya yang mendaftar dengan Skim Potongan Zakat Berjadual (SPZB).
Semoga dakwah zakat dapat diperluaskan lagi ke seluruh institusi awam/swasta di Negeri Perak.
Di kesempatan ini juga kami ingin mengajak anda untuk berzakat sebelum 31 Disember 2023 bagi melayakkan anda mendapat 100% rebat cukai pendapatan. Tunaikan zakat secara online di https://ezakat.maiamp.gov.my/
Terima kasih kerana meyakini Zakat Perak-MAIPk. Zakat anda, kami agihkan.