• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : NIKMAT PERNAFASAN

GERIK - Bersyukurlah atas nikmat kesihatan yang dianugerahkan. Dengannya kita dapat menjalani kehidupan dengan sihat yang merupakan nikmat terbesar selepas nikmat iman. Nikmat bernafas yang Allah SWT kurniakan tidak mampu kita bayar walau dengan wang berjuta.

Adik Siti Nur Adawiyah binti Zainal Abidin menginap di Taman Desa Mutiara, Gerik bersama-sama ibunya yang telah uzur. Adik Adawiyah didiagnosis menghidap autisme sejak lahir lagi. Dia juga menghidap penyakit jantung dan paru-paru berair sejak berumur setahun.

Sejak akhir-akhir ini, Adik Adawiyah mengalami kesukaran untuk bernafas. Dia memerlukan bantuan mesin oksigen untuk membantunya bernafas dengan baik. Kerana tidak mampu membeli sendiri mesin oksigen itu, Adik Adawiyah perlu dimasukkan ke wad hospital bagi mendapatkan bantuan mesin oksigen.

Ibunya tidak bekerja dan telah uzur. Pendapatan bulanan hanya bergantung kepada wang pencen askar Almarhum bapanya sebanyak RM1800. Wang tersebut digunakan ibunya untuk membayar sewa beli rumah sebanyak RM400, perbelanjaan harian, lampin pakai buang dan keperluan rawatan Adik Adawiyah. Mereka tidak menerima sebarang bantuan daripada agensi lain. Kerana tidak mampu membeli mesin oksigen, ibunya memohon bantuan daripada MAIPk.

Pihak Baitulmal tampil membantu dengan menyewakan mesin oksigen daripada pembekal farmasi sementara menunggu permohonan bantuan diproses. Kos sewaan bulanan mesin tersebut adalah sebanyak RM500 sebulan. MAIPk Daerah Gerik meluluskan permohonan mereka. Bantuan perubatan berupa mesin oksigen itu berjumlah RM3,600. Terima kasih kepada muzakki yang menunaikan kewajipan zakat anda. Teruskan membantu mereka yang memerlukan dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CyNWwUbLkA0/?hl=en


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.