• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • RM545,000.00 Dana Zakat Untuk Pelajar Tajaan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk Tahun 2023

RM545,000.00 Dana Zakat Untuk Pelajar Tajaan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk Tahun 2023

IPOH - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Seminar Motivasi "Pecutan Akhir SPM 2023" kepada pelajar tajaan MAIPk tingkatan 5 bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.  Dalam majlis tersebut, turut berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal kepada 545 pelajar tajaan Bantuan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal tahun 2023 yang melibatkan dana zakat berjumlah RM545,000.00.

Majlis penyampaian biasiswa telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar kepada 305 pelajar penerima biasiswa baharu tingkatan 4 dan 5 seluruh negeri Perak dengan jumlah dana zakat sebanyak RM305,000.00. Seminar Motivasi "Pecutan Akhir SPM 2023" telah dihadiri bukan sahaja dikalangan pelajar malah ibu bapa turut dijemput menjayakan seminar yang dikendalikan oleh Pakar Motivasi,  Encik Ahmad Iqmal Bin Jamil dari Transform Motivation & Training.

Diharapkan dengan usaha MAIPk menyediakan biasiswa dapat membantu dan memastikan golongan yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna seterusnya membantu anak-anak asnaf meningkatkan taraf hidup mereka dan semoga mereka perolehi kejayaan untuk keluarga mereka suatu hari nanti. Teruskan membantu yang memerlukan dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton di video Instagram dan Facebook MAIPk
https://www.instagram.com/p/CyGYHoyv9d_/?hl=en
https://www.instagram.com/p/CyIx6Nbvra5/?hl=en
https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk/videos/1011902343414738
https://www.facebook.com/reel/823302932776576





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.