• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MAIPk SELAMATKAN ASNAF

Team Ziarah Asnaf MAIPk Daerah Muallim menyantuni Encik Hasni bin Samad di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. Rumah tersebut disewa oleh Encik Hasni bin Samad sejak beberapa tahun yang lalu. Encik Hasni tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit saraf. Dia hanya mampu berjalan dengan bantuan tongkat.

Isterinya bekerja sambilan di kilang membuat kereta dengan pendapatan RM300 sebulan. Dua orang anaknya sedang melanjutkan pengajian di UPSI Tanjung Malim, manakala dua orang lagi anaknya masih bersekolah di peringkat menengah.

Sejak menghidap penyakit tersebut, dia tidak mampu lagi menyara keluarganya. MAIPk menghulurkan bantuan bulanan sebanyak RM450 dan bantuan sewa rumah RM450 sejak dua tahun yang lalu. Semasa Encik Hasni terbelit dengan hutang pada tahun 2020 yang lalu, MAIPk juga membantu melunaskan hutang tersebut sebanyak RM1339.

Kedatangan kami disambut Encik Hasni dan isterinya. Mereka menzahirkan kesyukuran atas kesudian kami menziarahi dan menyumbangkan bantuan barangan dapur, beras fidyah dan saguhati wang tunai.

Semoga urusan Encik Hasni sekeluarga dipermudahkan. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk agar program-program ziarah asnaf sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Teruskan membantu mereka dengan dana zakat anda. Daripada Anda, Untuk Mereka. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cx7N0cxLq0H/?hl=en


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.