RERUAI USAHAWAN ASNAF DI MAJLIS SAMBUTAN HARI WARGA EMAS
IPOH- Usahawan asnaf MAIPk telah membuka reruai jualan mereka di Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan tahun 2023. Sambutan tersebut telah diadakan di Dewan Utama Hotel Casuarina @Meru Ipoh, Perak pada 1 Oktober 2023.
Turut hadir memeriahkan sambutan kali ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, YB Hajah Aiman Athirah binti Sabu dan Exco Usahawan Negeri Perak, YB Salbiah binti Mohamed. Seramai lima orang peserta program Proper A yang membuka kaunter jualan mereka semalam. Jualan kali ini yang bertemakan ‘Kulinari & Pastri’ bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.
Antara produk yang dijual termasuklah sambal bilis garing, sambal hitam nanas, pekasam, biskut, kek, aneka kuih talam, kerepek pisang, wajik, dodol kukus, puding. air tebu botol dan air mineral.Syabas kepada usahawan Proper A yang terlibat. MAIPk melalui Unit Pemerkasaan Keusahawanan sentiasa giat mengadakan promosi untuk para usahawan asnaf. Semoga kejayaan milik mereka.
Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Dana zakat anda sentiasa dimanfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan. Teruskan membantu mereka dengan dana zakat anda. Bantu mereka keluar daripada cengkaman kemiskinan agar kelak mereka dapat berdiri di atas kaki sendiri melalui perniagaan yang dijalankan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cx63OH5it3y/?hl=en