• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : BENGKEL KERETA SUMBER PENDAPATAN KELUARGA

Muallim - Encik Shaharidhan bin Dahari merupakan pengusaha bengkel baik pulih kereta. Pendapatannya sekitar RM700 – RM1200 sebulan. Bengkel baik pulih kereta itu dibinanya sendiri berbekalkan duit simpanan yang ada. Encik Shaharidhan sebelum ini bekerja di bengkel milik rakannya di Sabah. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu, dia telah berpindah ke rumah pusaka keluarganya di Kampung Batu 4.

Encik Shaharidhan juga mengambil upah mengetuk dan mengecat kereta. Bengkelnya tidak mempunyai kelengkapan yang cukup kerana modal yang terbatas. Untuk memenuhi permintaan baik pulih dan mengecat kereta, dia memerlukan set 'welding' untuk membaiki bahagian yang kemik mahupun menyambung 'body' kereta serta alat 'scanner' kenderaan. Mujur MAIPk menyalurkan bantuan peralatan tersebut. Bantuan berjumlah RM8,500 telah diterima Encik Shaharidhan.

Pihak MAIPk melakukan kunjugan ziarah dalam melihat perkembangan perniagaan bengkel Encik Shaharidhan dan menyampaikan beras fidyah, kotak makanan, keperluan dapur serta saguhati wang tunai. Semoga perniagaan bengkel kereta Encik Shaharidhan bertambah maju.

Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Semoga menjadi asbab kita masuk ke dalam syurga. Tunaikan zakat anda melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cxw9p0UPUvw/?hl=en


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.