BANTUAN PERUBATAN : SUNTIKAN YANG DIPERLUKAN
Puan Siti Noor Azillah binti Maruan kini berumur 39 tahun. Dia bersama-sama suami tercinta tinggal di rumah pusaka ibunya yang terletak di Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah. Suaminya berniaga menjual roti canai. Apabila ada permintaan, suaminya juga mengambil upah tukang rumah. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM800 – RM1000.
Puan Azillah OKU fizikal. Dia menerima bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM450. Sejak 2001 Puan Azillah menghidap penyakit Artritis Psoriatik yang kronik. Bukan sahaja dia perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak, sendi-sendinya juga mengalami kerosakan akibat keradangan yang berterusan.
Puan Azillah masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Ipoh setiap bulan. Penyakitnya yang kronik memerlukan suntikan Brodalumab untuk meningkatkan antibodi tubuh sekaligus mengurangkan gejala keradangan. Namun begitu, suntikan tersebut sangat mahal dan di luar kemampuan mereka. Satu dos suntikan berharga RM1440. Doktor menyarankan untuk Puan Azillah mengambil 14 suntikan. Mereka berkunjung ke pejabat MAIPk untuk memohon bantuan.
Syukur MAIPk Daerah Kampung Gajah memberikan maklum balas positif. Puan Azillah menerima bantuan perubatan untuk membeli 14 suntikan Brodalumab yang berjumlah RM20,160. Semoga dengan bantuan ini, kondisi kesihatan Puan Azillah bertambah baik.
Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat anda kali ini telah meringankan gejala penyakit yang dideritai Puan Azillah sejak tahun 2001 yang lalu. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar dapat melahirkan lebih banyak usahawan dalam kalangan asnaf. Berzakatlah melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my