BANTUAN PERUBATAN : UNTUKMU IBU
LENGGONG - Team Ziarah Asnaf MAIPk Daerah Lenggong siri 2 telah menziarahi Puan Zaipah binti Alang Sharip yang merupakan penerima bantuan perubatan berupa bekalan susu khas dan lampin pakai buang berjumlah RM8313. Puan Zaipah telah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik sejak 10 tahun yang lalu. Namun 10 bulan kebelakangan ini, dia terkena serangan angin ahmar yang menyebabkan Puan Zaipah terlantar. Dia tidak lagi dapat menguruskan dirinya.
Anak tunggalnya nekad berhenti kerja untuk menjaga ibu tercinta. Suami Puan Zaipah pula sering terkena serangan athma dan sakit lutut. Pergerakannya terhad dan tidak dapat melakukan kerja berat. Perbelanjaan bulanan mereka bergantung kepada wang simpanan anaknya. Bulan berganti bulan, wang simpanan kian menipis. Perbelanjaan khas untuk Puan Zaipah untuk membeli lampin pakai buang dan susu khas berjumlah RM1335.50 sebulan. Akhirnya mereka memohon bantuan daripada MAIPk.
Kunjungan kami bertujuan untuk melihat perkembangan kesihatan Puan Zaipah. Di samping itu kami turut membawa sedikit barangan keperluan dan juga saguhati wang tunai. Semoga kesihatan Puan Zaipah bertambah baik. Amin!
Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat yang ditunaikan meringankan bebanan mereka yang diuji dengan musibah dan penyakit. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Masih banyak asnaf yang menanti bantuan daripada anda. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CwepM1TPQL8/?hl=en