• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk LANCAR APLIKASI ZAKAT PERAK

TAIPING, 9 Ogos 2023 - Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari melancarkan aplikasi Zakat Perak bersempena Ziarah Korporat MAIPk 2023. Aplikasi Zakat Perak ini dilancarkan untuk menarik lebih banyak agensi dan individu korporat menunaikan ibadah zakat di negeri Perak. Aplikasi yang baharu dibangunkan memudahkan pengguna android mengakses pelbagai maklumat termasuk pengiraan zakat, usahawan asnaf dan bayaran zakat.

Antara kemudahan aplikasi Zakat Perak ialah :

i. Sijil Digital – sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada syarikat syarikat dan invidu-individu di atas kesetiaan dan komitmen membayar zakat kepada MAIPk.

ii. Logo beserta QR Code – sebagai platform hebahan dan dakwah zakat kepada prospek pembayar zakat perniagaan serta masyarakat dapat mengenal pasti syarikat yang membayar zakat perniagaan dengan mudah.

iii. Memberi akses kepada orang ramai menyemak syarikat yang telah membayar zakat kepada MAIPk seterusnya mendapat info bagi pilihan pengguna daripada promosi barangan dan perkhidmatan oleh syarikat berkenaan.


iv. Menjadi sumber rujukan produk dan pekhidmatan oleh masyarakat Islam bagi menyokong syarikat yang membayar zakat perniagaan untuk agihan asnaf negeri Perak.

CARA MUAT TURUN APLIKASI ZAKAT PERAK
i. Layari Google Play Store, carian Zakat Perak atau MAIPk.

ii. Untuk permulaan hanya pengguna Android sahaja, MAIPk akan perluaskan pengguna Apple pada masa akan datang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.