• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN RUMAH MAIPk

“Rumah merupakan tempat berlindung daripada segala macam cuaca. Rumah juga tempat berhimpunnya ahli keluarga,” ujar Ustaz Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk.

Pada tahun 2022, MAIPk telah menyempurnakan perbelanjaan bagi membina lebih daripada 100 buah rumah baharu bagi fakir dan miskin. Ia melibatkan kos sebanyak RM7.5 juta. Sebanyak RM4.9 juta pula telah diperuntukkan untuk kos baik pulih 150 buah rumah asnaf yang rosak. Manakala sebanyak RM1.8 juta telah diagihkan kepada 300 orang penerima manfaat sebagai bantuan sewa rumah bagi mereka yang tidak berkemampuan.

Dana-dana yang besar ini adalah daripada sumbangan zakat yang telah dikumpulkan pada tahun 2022 yang lalu. Alhamdulillah dengan bantuan zakat yang diperoleh daripada pembayar-pembayar zakat inilah yang membolehkan MAIPk membantu para asnaf untuk membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan dan memerdekakan mereka daripada kesusahan. Asnaf merdeka, erti kebebasan sebenar.

Terima kasih muzakki. Teruskan bersama-sama kami untuk membantu asnaf yang memerlukan. Semoga lebih banyak senyuman yang dapat kita ukirkan pada wajah asnaf yang telah dan akan kita santuni pada tahun ini. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CvhEXbzvMW8/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.