BANTUAN MODAL : JUALAN IKAN SEGAR
MUALLIM - Puan Sallina binti Hamid kini berusia 45 tahun. Dia menghidap penyakit asma yang kronik namun tidak menghalangnya bekerja mencari nafkah buat keluarga. Suaminya yang berusia 65 tahun juga menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis yang kronik. Kini mata suaminya tidak dapat melihat dengan baik kerana saraf matanya telah rosak akibat penyakit tersebut.
Mereka bersama-sama tiga orang anak mereka menumpang tinggal di rumah ibu Puan Salina di Felda Gunung Besout, Sungkai. Anak sulungnya sudah bekerja manakala dua orang lagi anaknya masih belajar. Untuk menyara persekolahan anak-anaknya, Puan Sallina dan suami menjual ikan segar di hadapan rumah ibunya. Peti ais milik ibunya yang digunakan untuk menyimpan ikan selama ini telah rosak. Hal ini merunsingkan Puan Sallina.
Dengan pendapatan jualan ikan yang tidak menentu menyukarkan mereka untuk membeli peti ais baharu. Mujur suaminya ada menerima bantuan Baitulmal dan JKM setiap bulan. Dapatlah mereka berjimat cermat dalam belanja sementara dapat menjual ikan semula. Puan Sallina memohon bantuan daripada MAIPk untuk membeli peti ais bagi kegunaan mereka untuk berniaga.
Dilihat Puan Sallina berusaha keras bagi menjamin keperluan isi rumah dan menanggung persekolahan anak-anaknya. MAIPk Daerah Muallim menyalurkan bantuan peralatan bagi membantu perniagaan sedia ada. Bantuan peralatan itu merupakan peti sejuk beku dan peti ais. Kos bantuan tersebut berjumlah RM6000 termasuk kos penghantaran.
Terima kasih muzakki. Sekali lagi dana zakat anda membantu kelangsungan hidup asnaf. Moga usaha anda menyantuni mereka dinilai tinggi di sisi Allah SWT. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CvJ0JiuoGbW/?hl=en