BANTUAN BINA RUMAH : TEMPAT BERTEDUH
GERIK - Encik Sukri bin Azman bersama-sama isteri dan tiga orang anaknya merupakan Orang Asli yang menetap di Kampung Sungai Raba RPS Air Bainun, Gerik. Encik Sukri menafkahi keluarganya dengan bekerja di Taman Negeri di bawah Yayasan Sime Darby. Mereka sekeluarga sebelum ini menumpang tinggal di rumah mentuanya. Berikutan kekurangan bilik dan jumlah isi rumah yang ramai, Encik Sukri mengambil inisiatif membina sendiri rumahnya bersebelahan dengan rumah mentuanya.
Rumah yang dibina berasaskan buluh itu menjadi tempat berteduh mereka lima beranak. Saban tahun, buluh tersebut kian reput dan bahagian rumah yang rosak dialas dengan kulit-kulit kayu buat sementara waktu sebelum dibaik pulih. Atap rumahnya juga sudah banyak yang berlubang dan perlu ditampal segera.
Encik Sukri sudah habis cara membaiki kerosakan rumahnya dengan barangan terpakai. Ini kerana dia tidak berkemampuan membeli yang baharu. Untuk tinggal semula di rumah mentuanya dia agak keberatan kerana bilangan isi rumah sedia ada di rumah mentuanya sudah ramai. Dia tidak berhasrat menambah kesesakan tersebut memandangkan ada ahli keluarga yang belum memeluk agama Islam. Akhirnya, dia memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk. Syukur dia layak dan permohonannya diluluskan.
16 Jun 2023 yang lalu merupakan penyerahan kunci rumah baharu kepada Encik Sukri dan dua lagi pemilik rumah yang lain. Mereka juga mengalami nasib yang sama seperti Encik Sukri. Penyerahan kunci rumah baharu itu telah dibuat oleh Tuan Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat (BAZ), Encik Rohizan bin Omar bersama-sama Pegawai Baitulmal Daerah Gerik, Encik Zul-Azri bin Hosaini dan mubaligh di kawasan perkampungan asli tersebut, iaitu Encik Md Bahari bin Latif.
Encik Sukri dan dua lagi menerima bantuan rumah baharu jenis tiga bilik, berkeluasan 680kp dan bernilai RM61,200 setiap satu. Terima kasih muzakki. Satu lagi bukti dana zakat anda dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu meringankan kesusahan asnaf. Teruskan menyokong kami dan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPK klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cu9UIGHO2ON/?hl=en