• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BAIK PULIH RUMAH : GANTI YANG LEBIH BAIK

MUALLIM - Encik Abdul Karim bin Yaakob merupakan anak jati Kampung Pasir di Slim River. Usianya yang sudah mencecah 81 tahun itu masih lagi gagah melakukan kerja kampung demi sesuap nasi buat keluarganya. Encik Karim pernah bekerja sebagai tukang rumah. Namun kudrat yang tersisa sudah tidak secergas dahulu. Dengan melakukan kerja yang sesuai dengan kudratnya, dia memperoleh pendapatan sebanyak RM400 sebulan.

Beliau juga merupakan penerima bantuan bulanan daripada Baitulmal sebanyak RM400. Dia mempunyai 9 orang anak. Empat daripada mereka telah berkeluarga. Lima lagi anaknya masih tinggal bersama-samanya. Dua orang anaknya merupakan OKU fizikal dan pembelajaran. Dua lagi anak yang tinggal bersama juga melakukan kerja kampung sepertinya. Bil bulanan sebanyak RM150 ditanggung anak sulungnya yang bekerja dan tinggal berasingan. Encik Karim tidak mempunyai sebarang hutang mahupun ansuran bulanan. Mereka hanya mempunyai motosikal untuk kegunaan harian.

Rumah separuh batu dan separuh papan itu merupakan ‘hasil tangan’ Encik Karim sendiri. Jika dilihat daripada jalan, rumah tersebut kelihatan masih baik dan terjaga. Namun bahagian dinding papan telah reput. Lantai kayu rumahnya juga agak membimbangkan kerana terdapat banyak lubang yang hanya dilindung dengan sekeping tikar getah. Encik Karim memohon bantuan baik pulih rumah daripada MAIPk. Dia berharap agar bahagian atas rumahnya dirobohkan dan dinaikkan binaan batu-bata di kawasan tersebut. Hajatnya agar kesemua kayu yang ada di tukar baru atau diikat bata.

Syukur hajatnya ditunaikan oleh MAIPk Daerah Muallim. Rumahnya dibaik pulih. Bahagian papan dan kayu diganti dengan batu agar keselamatan mereka sekeluarga lebih terjamin. Kos baik pulih rumahnya berjumlah RM27,987. Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda membantu kos baik pulih rumah Encik Karim. Teruskan membantu yang memerlukan. Berzakatlah dengan Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cuipf3-Jn-q/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.