BANTUAN BINA RUMAH : TERATAK BAHARU MAK CIK PESAH SEKELUARGA
Pesah Binti Sallih
Kampung Rapat Jaya, Ipoh
IPOH - Mak Cik Pesah dan madunya tinggal bersama-sama di rumah pusaka peninggalan almarhum suami mereka. 3 orang anak Mak Cik Pesah sudah dewasa dan tinggal berasingan. Manakala madunya pula mempunyai 6 orang anak. Seorang anaknya tinggal bersama-sama mereka termasuklah menantu dan juga tiga orang cucu.
Mak Cik Pesah dan madunya sudah tidak mampu bekerja atas faktor umur yang sudah menjangkau 70-an. Almarhum suami pula tidak meninggalkan sebarang pencen buat mereka. Setiap bulan, mereka mengharapkan bantuan bulanan MAIPk sebanyak RM300 sebulan. Anak-anak pula ada menyumbangkan RM300 untuk belanja bulanan. Manakala barangan dapur ditanggung oleh menantu yang tinggal bersama-sama. Ada kalanya mereka perlu lebih berjimat cermat kerana pendapatan menantu juga tidak menentu. Ditambah pula dengan keperluan tiga orang cucu yang perlu dipenuhi.
Rumah usang yang menyimpan seribu kenangan itu kini semakin dimamah usia. Atapnya sudah banyak yang bocor dan perlu diganti. Alang dan tiang rumah juga sudah dimakan anai-anai. Menunggu masa rebah ke bumi. Dinding rumah kayu itu sudah berlubang-lubang kerana reput dan juga menjadi santapan serangga perosak. Untuk membaik pulih kerosakan rumah itu memerlukan kos yang sangat besar. Akhirnya, Mak Cik Pesah memohon bantuan MAIPk.
Syukur MAIPk Daerah Ipoh meluluskan permohonan bantuan bina rumah buat mereka. Rumah jenis 3 bilik berkeluasan 850kp itu dibina di atas tapak rumah sedia ada. Bantuan tersebut berjumlah RM76,500. Terima kasih kepada muzakki. Dana zakat anda kali ini memberikan rumah yang lebih selamat dan selesa buat Mak Cik Pesah sekeluarga. Teruskan sokongan anda kepada kami. Tunaikan zakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Bantuan anda amat bermakna buat mereka yang memerlukan. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CuBazF0PBPr/?hl=en