BANTUAN BAIK PULIH RUMAH : REZEKI YANG TERTULIS
Faridah binti Zamheri
Kampung Rahmat, Bidor
TAPAH - Cik Faridah berumur 56 tahun. Tidak pernah berkahwin dan tinggal sendirian di rumah pusaka milik keluarga yang terletak di Kampung Rahmat. Empat orang adik-beradiknya yang lain tinggal berasingan dan mempunyai keluarga sendiri. Adik bongsunya yang tinggal berdekatan yang menjaganya jika Cik Faridah memerlukan sebarang bantuan.
Meskipun menghidap penyakit lembam sejak kecil, Cik Faridah masih mampu menguruskan dirinya sendiri di rumah tersebut. Dia merupakan penerima Bantuan Bulanan MAIPk sebanyak RM300. Selain itu, Cik Faridah juga menerima Bantuan Kad Prihatin RM80 sebulan. Adik-beradiknya pula ada menghulurkan sumbangan sekiranya mereka pulang menziarahinya.
Terbaharu rumah Cik Faridah rosak ditimpa dahan pokok besar. Insiden yang berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang itu mengakibatkan kerosakan pada bumbung dan sebahagian dinding rumah yang diperbuat daripada kayu. Pihak MAIPk menghulurkan bantuan segera sebanyak RM300 bagi menguruskan pemotongan dan pembersihan kawasan rumah Cik Faridah. Kerosakan atap yang sangat membimbangkan itu mendorong Cik Faridah memohon Bantuan Baik Pulih Rumah daripada MAIPk.
Pada bulan Mei 2023 yang lalu, MAIPk Daerah Tapah telah meluluskan bantuan balik pulih rumah Cik Faridah. Keseluruhan atap yang telah rosak telah diganti baharu. Begitu juga dengan sebahagian dinding rumah mereka yang terjejas. Bantuan baik pulih rumah itu melibatkan kos sebanyak RM15,000. Pada 26 Mei 2023, Encik Mior Khairul Anas bin Rozali selaku Pegawai Baitulmal Daerah Tapah telah menyerahkan semula kunci rumah yang telah selesai dibaik pulih.
Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda kali ini membantu kos baik pulih rumah Cik Faridah. Kini Cik Faridah dan adik-beradiknya dapat menarik nafas lega ekoran masalah yang telah ditangani dengan baik oleh MAIPk. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Dana zakat anda menyantuni mereka yang dalam kesusahan. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CuEuOQXNjJX/?hl=en