BANTUAN PERUBATAN : BAHAYA KENCING MANIS
Nor Azizul bin Abd Latif
Kampung Beluru, Enggor
KUALA KANGSAR - Encik Azizul sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Mereka sekeluarga tinggal di rumah ibunya bersama-sama 10 orang ahli keluarga yang lain. Isterinya bekerja sebagai tukang masak di tadika dan mendapat upah sebanyak RM500 sebulan. Anak sulungnya bekerja di Chalet Karai dan anak keduanya melakukan kerja kampung. Anak bongsunya pula masih bersekolah di peringkat menengah.
Encik Azizul tidak mampu bekerja untuk menyara keluarganya kerana menghidap kencing manis kronik. Penyakit tersebut telah menyebabkan kerosakan pada buah pinggangnya. Encik Azizul terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu di Hospital Kuala Kangsar sejak bulan April 2021 yang lalu. Pada Disember 2021 pula kaki kirinya terluka dan terpaksa dipotong bagi mengelakkan daripada melarat. Kos ulang alik ke hospital ditampung dengan wang bantuan OKU daripada JKM sebanyak RM300. Isterinya juga menerima bantuan JKM BKK sebanyak RM150 sebulan. Dengan wang bantuan inilah menampung kos rawatannya.
Pegawai Perubatan Hospital menyarankan Encik Azizul minum susu khas yang tinggi kandungan protin sebotol sehari untuk membekalkan tenaga tambahan untuk tubuhnya. Mereka tidak berkemampuan membeli susu tersebut kerana harga yang agak mahal. Akhirnya mereka menghubungi MAIPk untuk mendapatkan bantuan.
MAIPk meluluskan permohonan mereka selepas sebulan. Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor selaku pegawai Daerah Kuala Kangsar telah menyampaikan bantuan perubatan kepada Encik Azizul. Bantuan tersebut merupakan bekalan susu khas tinggi protin untuk tempoh enam bulan. Bantuan tersebut berjumlah RM2,970. Semoga susu khas ini dapat menambahkan tenaga dan kecergasan Encik Azizul.
Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda kali ini telah membantu Encik Azizul tabah menjalani ujian hidupnya. Teruskan sokongan anda dan berzakatlah dengan Zakat Perak-MAIPk sekarang. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cs-sWFlp_o1/?hl=en