BANTUAN MODAL : PERALATAN PERTANIAN BANTU TINGKAT PENDAPATAN
Mohamad Faizal bin Dan
Taman Perpaduan, Ipoh
IPOH - Encik Faizal mempunyai tiga orang anak. Anak sulungnya sudah bekerja manakala dua orang lagi anaknya masih belajar di peringkat menengah. Encik Faizal bersama tiga orang anaknya tinggal menyewa di Taman Perpaduan dengan bayaran sewa sebanyak RM500 sebulan. Anaknya yang bekerja juga membantunya membayar sewa rumah bersama-sama.
Dia mengusahakan kebun di tanah wakaf tapak perkuburan Bandar Meru Raya dengan sewaan sebanyak RM480 sebulan. Dia sudah bertani di tanah wakaf itu sejak 2021 yang lalu. Encik Faizal menanam cili, sayur-sayuran dan juga tebu. Pendapatan bulanannya sekitar RM1500. Mujur dia ada menerima pencen Perkeso RM230 sebulan, dapatlah menampung sebahagian wang sewa tanah kebunnya. Dia memerlukan pam air dan beberapa peralatan yang lain untuk menambah baik sistem saliran di kebunnya memandangkan cuaca yang panas terik akhir-akhir ini. Dia tidak mampu membelinya sendiri memandangkan kebunnya belum mengeluarkan hasil sepenuhnya.
MAIPk Daerah Ipoh meluluskan bantuan modal peralatan pertanian kepada Encik Faizal. Bantuan yang berupa pam air, generator dan peralatan paip itu berjumlah RM4,918. Semoga dengan bantuan ini dapat menambah baik sistem saliran di kebun Encik Faizal di samping meningkatkan hasil kebun dan pendapatan bulanannya.
Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda membantu Encik Faizal yang memerlukan. Teruskan sokongan anda. Masih banyak yang memerlukan pertolongan anda. Berzakatlah dengan Zakat Perak-MAIPk sekarang. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my untuk berzakat melalui online FPX.
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cs5aJVCJsb6/?hl=en