• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

IBU TUNGGAL DAN ANAK HIDAP PENYAKIT TERIMA BANTUAN MAIPk

Roziana binti Mat Pizi
Kg. Ganda Temenggor, Gerik

GERIK - Puan Roziana merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak yang berumur 14 tahun yang masih bersekolah. Dia tinggal menumpang di rumah ibunya bersama-sama abangnya. Lima orang lagi adik-beradiknya tinggal berasingan dan sudah berkahwin.

Puan Roziana dan anaknya menghidap penyakit yang menyukarkan mereka bergerak aktif seperti orang lain. Puan Roziana dan anaknya masih mendapat rawatan susulan di Hospital Gerik dengan kekerapan dua bulan sekali. Kini bekas suaminya telah meninggal dunia pada 2022 yang lalu. Dia berpisah terlebih dahulu dengan bekas suaminya menyebabkan tiada sebarang tuntutan boleh dibuat. Hanya anaknya yang mendapat hak sebahagian simpanan KWSP arwah bekas suaminya.

Puan Roziana merupakan penerima Bantuan Hari Raya daripada MAIPk sejak tahun 2020 sehingga kini. Anaknya pula menerima Bantuan Persekolahan sesi 2023. Puan Roziana melakukan kerja kampung untuk mencari sesuap nasi buat keluarga. Dia mengambil upah menoreh getah di kebun milik orang kampung. Namun pendapatannya tidak menentu. Apabila kesihatannya tidak mengizinkan dan cuaca buruk, dia tidak dapat menoreh getah seperti biasa. Anggaran pendapatan bulanannya sekitar RM300 sebulan.

Team MAIPk Daerah Gerik yang disertai oleh Encik Zul-Azri bin Hosaini telah menziarahi Puan Roziana untuk memberikan sumbangan beras fidyah dan wang sagu hati RM200 bagi meringankan bebanan yang ditanggung olehnya. MAIPk juga meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan berjumlah RM400 kepada Puan Roziana.

Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda telah memberikan sinar kehidupan buat Puan Roziana. Teruskan sokongan anda kerana masih banyak asnaf yang memerlukan perhatian anda. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CsVsqlcpXR5/?hl=en


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.