BANTUAN PERUBATAN : SUSAH SENANG BERSAMA
Mohd Noor Bin Md Ali
Lorong 6, Taman Serai Mayang
BAGAN SERAI - Puan Bashirah, iaitu isteri kepada pemohon yang jatuh sakit dan kini terlantar tidak dapat menguruskan dirinya lagi. En. Mohd Noor yang menguruskan segala keperluannya. Kes Bantuan Perubatan asnaf ini pernah kami kongsikan sebelum ini. Sejak Puan Bashirah jatuh sakit empat bulan yang lalu, suaminya tidak dapat lagi bekerja kerana perlu menguruskan Puan Bashirah dan menjaga anak mereka yang berumur 11 tahun.
Puan Bashirah ada menerima bantuan daripada JKM sebanyak RM500 sebulan. Wang itu digunakan untuk menyara mereka tiga beranak. Mujurlah mereka tinggal di rumah pusaka dan tidak perlu membayar sewa. Puan Bashirah tidak dapat makan dan minum seperti biasa. Dia perlu minum susu khas menerusi salur tiub pada hidungnya untuk membekalkan nutrisi keperluan badannya. Susu khas tersebut berharga RM105 setin dan hanya bertahan untuk dua hari. Suaminya tidak mampu membeli susu tersebut. Suaminya memohon bantuan MAIPk untuk meringankan bebanan mereka. Bukan itu sahaja, suaminya juga memohon bantuan tisu basah untuk memudahkannya mencuci najis kerana Puan Bashirah tidak memakai lampin pakai buang. Dia hanya melapiknya dengan plastik supaya mudah untuk dicuci.
Siasatan mendapati Puan Bashirah layak dibantu. Dia memerlukan 15 tin susu khas untuk kegunaan sebulan yang berharga RM1575 dan tisu basah yang berharga RM300. Pegawai MAIPk Daerah Bagan Serai, Encik S.Daud bin Shehamy menyampaikan Bantuan Perubatan tersebut kepada Puan Bashirah. Bantuan tersebut berupa 90 tin susu khas dan tisu basah untuk bekalan selama enam bulan. Bantuan susu khas dan tisu basah itu berjumlah RM11,250.
Semoga bantuan ini dapat meringankan kesusahan yang ditanggung mereka sekeluarga. Kami mendoakan Puan Bashirah diberikan kesembuhan. Terima kasih muzakki atas sokongan anda. Teruskan bersama-sama Zakat Perak-MAIPk untuk menyantuni asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton di Instagram dan facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/61857462984167