BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI ASNAF FAKIR DAN MISKIN
Bersempena dengan sambutan Nuzul al-Quran yang diadakan baru-baru ini di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati Ipoh, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Bantuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak bagi tahun 1444H / 2023M daripada dana zakat berjumlah RM10,571,100.00.
Bantuan tersebut diserahkan kepada penghulu mukim dari 18 daerah bagi mewakili 35,237 orang penerima yang terdiri daripada asnaf fakir miskin di seluruh negeri Perak. Daerah Pengkalan Hulu dan Lenggong mencatatkan penerima bantuan terendah, iaitu sebanyak 543 orang dan 559 orang. Manakala Daerah Ipoh mencatatkan jumlah penerima asnaf fakir dan miskin yang tertinggi, iaitu sebanyak 7657 orang.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda dalam berzakat. Dana zakat daripada anda menceriakan sambutan lebaran buat mereka. Teruskan sokongan anda. Tunaikan zakat fitrah anda pada hari-hari yang berbaki di bulan Ramadan ini. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my