BANTUAN BINA RUMAH : KASIH AYAH SELAMANYA
Ahmad Azudin bin Mat Salleh
Kampung Jaha, Simpang
TAIPING - Encik Azudin tinggal di Kampung Jaha, Simpang. Dia merupakan seorang duda anak empat. Dia membesarkan sendiri anak-anaknya sejak mereka kecil. Anak sulungnya baru sahaja menduduki peperiksaan SPM. Manakala tiga orang anaknya yang lain masih lagi bersekolah.
Encik Azudin bekerja sendiri dengan menjual pokok-pokok bunga dan pokok hiasan. Pendapatannya tidak menentu, bergantung pada jualan pokok. Kadangkala pendapatannya boleh mencecah RM800 sebulan. Dia merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk sebanyak RM300. Wang bantuan ini digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM200.
Keadaan rumah sewanya agak teruk. Ruangan dalamannya juga agak sempit dan hanya mempunyai dua bilik sahaja. Keseluruhan bumbung dan atapnya reput dan bocor. Sebahagian siling rumah juga sudah pecah dan jatuh ke bawah. Apabila musim hujan mereka sekeluarga kedinginan kerana atap bocor. Namun tiada apa yang dapat dilakukan mereka kerana kurang berkemampuan. Encik Azudin kasihankan anak bongsunya yang sering jatuh sakit kerana keadaan rumah yang serba kekurangan itu. Akhirnya dia memohon bantuan MAIPk.
Syukur rezeki menyebelahi mereka sekeluarga. MAIPk dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah membina sebuah rumah untuk Encik Azudin sekeluarga berteduh. Rumah jenis 3 bilik itu berkeluasan 680kp dan bernilai RM61,200. Kunci rumah baharu telah disampaikan oleh Pegawai Baitulmal MAIPk Daerah Taiping, Encik Zulfadli bin Baharum.
Terima kasih diucapkan kepada muzakki yang tidak lupa menunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Terima kasih juga diucapkan kepada YaPEIM dan semua pihak yang terlibat. Terus bersama-sama kami membantu memperjuangkan nasib para asnaf di negeri ini. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton di IG dan Facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/747986943391178