• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL

Berita baik untuk anak-anak asnaf fakir dan miskin di negeri Perak! Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2023 telah mula dibuka dari 27 Mac 2023 sehingga 18 April 2023.

Syarat Permohonan:
1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam
2. Lahir dan menetap di negeri Perak atau telah bermastautin di negeri Perak
3. Pelajar tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2023
4. Pelajar adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin
5. Pencapaian pelajar mestilah memperoleh 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2022.
6. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.

Pemohon yang berjaya akan dapat menikmati manfaat yang berikut:
1. Menerima biasiswa tahunan
2. Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan
3. Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.

Mohonlah segera! Sekiranya berminat, dapatkan BORANG BANTUAN BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL daripada pejabat MAIPk yang terdekat atau muat turun daripada portal rasmi MAIPk di pautan https://shortest.link/m3C6. Jangan lupa untuk menyertakan dokumen-dokumen yang berikut:
1. Kad Pengenalan pemohon
2. Kad Pengenalan ibu bapa
3. Slip gaji / pengesahan pendapatan ibu bapa
4. Salinan keputusan Akhir Tahun 2022 yang telah disahkan oleh pihak sekolah.

Sila hantar borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:
Unit Pemerkasaan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 April 2023. Bertekadlah untuk menuntut ilmu! Semoga kalian beroleh berkat dan dapat berkhidmat untuk keluarga, agama, bangsa dan masyarakat. Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.