• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk terima zakat perniagaan berjumlah RM2,000,293.30

KUALA KANGSAR, 25 Mac 2023 - Majlis penyerahan zakat perniagaan serta majlis berbuka puasa bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Empat syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2,000,293.30 diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Zulkefli Bin Abdullah dengan jumlah RM 1 juta.

Ia diikuti UAC Berhad diwakili oleh Pengurus Besar Operasi Kilang UAC Berhad, Zubair Bin Abdullah dengan jumlah RM537,446.72.

Seterusnya ialah Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad, Shamsudidn Bin Yusof dengan jumlah RM277,935.41.

Diakhiri oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak diwakili oleh Pengurus Besar, Yuha Binti Ismail dengan jumlah RM184,911.25.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.