BANTUAN BINA RUMAH : KELAINAN UPAYA
Zakariah bin Ibrahim
Air Pari Lawin Kenering
GERIK - Encik Zakariah dan isteri merupakan OKU bisu dan pekak. Mereka mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Isterinya suri rumah tangga. Kerana kelainan upaya, sukar untuk mereka mencari pekerjaan. Encik Zakariah hanya mampu melakukan kerja kampung dan mengambil upah menoreh getah. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM500. Adakalanya berkurangan bergantung kepada permintaan kerjanya. Mujur dia ada menerima bantuan orang kurang upaya daripada JKM sebanyak RM450 sebulan.
Sebelum ini mereka tinggal menumpang di rumah ibunya. Kini sudah dua tahun mereka tinggal menyewa kerana terlalu ramai ahli keluarga lain yang tinggal bersama-sama di rumah ibunya. Dengan pendapatan yang tidak menentu, Encik Zakariah tidak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM250 itu. Ada kalanya bayaran sewa tertunggak kerana mereka kekurangan wang. Bagi mengelakkan hutangnya bertambah, Encik Zakariah memohon bantuan MAIPk untuk membina rumah di atas tanah milik ibunya di Air Pari Lawin, Gerik.
Syukur perohonannya mendapat maklum balas positif. Encik Zakariah menerima bantuan bina rumah asnaf di bawah program Wakalah Lembaga Air Perak. Permohonannya diluluskan kerana dia tidak mempunyai kediaman sendiri dan tidak mampu menanggung kos sewaan rumah. Rumah jenis tiga bilik itu berkeluasan 680kp dan bernilai RM61,200.
Terima kasih diucapkan kepada muzakki. Dana zakat daripada anda kini bertukar menjadi rumah yang selesa buat mereka. “Daripada Anda, Untuk Mereka”. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
https://www.facebook.com/reel/144502335189761