BANTUAN PERUBATAN : HULURKAN TANGAN
Mohd Shuhaidi bin Samsudin
Jalan Kubu Gajah, Semanggol
BAGAN SERAI - Encik Shuhaidi sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Mereka sekeluarga tinggal menumpang di rumah ibunya. Encik Shuhaidi kini terlantar sakit dan tidak mampu untuk bekerja. Encik Shuhaidi menghidap penyakit nanah dalam perutnya. Jangkitan nanah tersebut telah merebak ke paru-parunya. Encik Shuhaidi telah dibedah dan ditidurkan selama sebulan untuk merawat keadaannya itu.
Encik Shuhaidi dibenarkan pulang setelah sembuh. Kini, belakang badannya pula mengalami jangkitan kuman dan menyebabkan kulitnya mati pada bahagian pinggul. Hal tersebut menyebabkan pendarahan dan memerlukan pembedahan untuk membuang isi yang mati. Disebabkan itu, Encik Shuhaidi terlantar dan tidak dapat bangun.
Encik Shuhaidi bergantung harap kepada lampin pakai buang untuk memudahkan isterinya menguruskan dirinya. Mereka juga perlu menanggung dan membeli sendiri alatan untuk mencuci luka pada pinggulnya itu. Bukan itu sahaja, mereka perlu menyewa ambulans untuk ke hospital kerana dia tidak mampu duduk. Kos ulang alik ke hospital adalah sebanyak RM300. Ada kalanya Encik Shuhaidi perlu berulang alik ke hospital 2 hingga 3 kali sebulan. Mereka tidak mampu kerana tidak mempunyai sumber pendapatan.
Syukur MAIPk Daerah Bagan Serai telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM500 bagi menampung kos ulang alik ke hospital. Bukan itu sahaja, Encik Shuhaidi juga menerima bantuan bekalan perubatan bagi tempoh empat bulan. Bantuan tersebut merangkumi bekalan lampin pakai buang dan alatan cuci luka yang bernilai RM3780.
Terima kasih kepada para muzakki yang begitu prihatin dan mengambil berat hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia. Semoga zakat kalian diterima oleh Allah SWT dan diganjari-Nya dengan sejuta kebaikan di dunia dan di akhirat. Berzakatlah dengan Zakat Perak-MAIPk. Kini anda boleh berzakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
https://www.facebook.com/reel/3389119041363305