BANTUAN PERUBATAN : DI PENGHUJUNG SENJA
Norsiah Binti Abdul Hamid
Taman Impiana Adril, Menglembu
IPOH - Umur Puan Norsiah atau lebih mesra dipanggil Mak Cik Siah, kini sudah mencecah 72 tahun. Dia tinggal bersendirian di rumah peninggalan Almarhum suaminya. Anaknya juga sudah pergi menghadap Ilahi 10 tahun yang lalu.
Mak Cik Siah sudah tidak mampu bekerja. Dia juga tidak berpencen. Mujur dia menerima Bantuan Bulanan MAIPk sebanyak RM300 sebulan. Dengan wang bantuan tersebut dia menampung perbelanjaan bulanannya.
Mak Cik Siah menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis sehingga menyebabkan kakinya tidak kuat. Sebelum ini, dia berjalan menggunakan tongkat pemberian anak saudaranya. Kini, kakinya sudah semakin lemah dan sukar untuk berjalan. Mak Cik Siah memohon bantuan kerusi roda daripada MAIPk untuk memudahkan pergerakannya. MAIPk Daerah Ipoh telah meluluskan permohonannya. Mak Cik Siah telah menerima bantuan fakir miskin bagi membeli wheelchair light weight bernilai RM703.90.
Terima kasih para muzakki yang sentiasa bersama MAIPk. Teruskan sokongan anda. Lebih banyak asnaf yang memerlukan bantuan anda. Berzakatlah dengan Zakat Perak-MAIPk. Kini anda boleh berzakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my Atau imbas kod QR pada poster yang disediakan.