• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : TEMPAT BERTEDUH

Norazman bin Yang Hazali
Jalan Matang, Simpang

TAIPING - Encik Azman berniaga menjual makanan dari pagi hingga tengah hari. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM900. Dengan wang itulah digunakan untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Isterinya tidak dapat membantunya di kedai makan kerana perlu menjaga anak mereka yang OKU sejak lahir. Syukur anaknya menerima bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM150. Dapatlah menampung keperluan anaknya. Dalam masa yang sama isterinya perlu menguruskan seorang lagi anaknya yang masih bersekolah.

Sejak berkahwin, Encik Azman hanya mampu tinggal menyewa. Sudah beberapa kali mereka terpaksa berpindah. Kini sudah 12 tahun mereka tingga di rumah sewa yang didiami sekarang. Rumah tersebut disewa dengan kadar RM300 sebulan. Rumah tersebut sudah uzur. Atapnya perlu diganti kerana sudah banyak tempat yang bocor.
Dinding yang diperbuat daripada kayu pula sudah mulai mereput. Encik Azman tidak mampu membaiki kerosakan rumah sewanya. Untuk mencari rumah sewa yang lain, sukar untuk mendapatkan rumah dengan kadar sewa yang rendah. Encik Azman mempunyai sebidang tanah peninggalan keluarga di Kuala Sepetang. Akhirnya dia memohon bantuan daripada MAIPk untuk membina rumah di tanah miliknya itu.

Rezeki tidak pernah salah alamat. MAIPk bekerjasama dengan YaPEIM menyalurkan bantuan rumah baharu kepada Encik Azman. Rumah jenis 3 bilik dan berkeluasan 680kp itu bernilai RM61,200.00. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung Encik Azman. Terima kasih para muzakki. Dana zakat daripada anda telah memberi sinar baharu dalam hidup Encik Azman sekeluarga. Teruskan sokongan anda dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

https://www.facebook.com/reel/512490041076844

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.