• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : DEMI KELANGSUNGAN HIDUP

Nur Balqis binti Abdullah
Kg. Kuala Senta, Ulu Bidor

TAPAH - Puan Balqis sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah. Mereka tinggal di Kampung Orang Asli di Ulu Bidor. Puan Balqis merupakan suri rumah. Suaminya bekerja sebagai buruh binaan. Apabila masa terluang suaminya melakukan kerja kampung dan mengambil upah mengutip buah apabila tiba musim buah. Purata pendapatan bulanan suaminya sekitar RM900.

Mereka tinggal di rumah lama yang sudah uzur. Baru-baru ini rumah mereka dilanda ribut. Rumah yang sedia uzur itu semakin daif. Rumah yang berdindingkan anyaman daun nipah dan beratap zink itu telah bocor merata-rata tempat. Strukturnya juga senget menanti rebah. Kerana bimbangkan keselamatan mereka, Puan Balqis membawa ketiga-tiga orang anaknya tinggal buat sementara waktu di rumah ibunya yang berlainan agama. Suaminya pula, buat masa ini, tinggal di rumah mereka kerana sudah ramai yang tinggal bersama-sama ibu mertuanya. Adakalanya suami Puan Balqis akan balik menumpang di rumah kakaknya di Bidor. Bagi mengelakkan kesesakan di rumah ibunya, Puan Balqis memohon bantuan daripada MAIPk.

Alhamdulillah permohonannya diluluskan. Pada penghujung bulan Disember 2022, rumah baharu yang telah siap dibina itu diserahkan kepada mereka. Pegawai Baitulmal Daerah Tapah, Encik Mior Khairul Anas bin Rozali menyerahkan kunci rumah kepada Puan Balqis. Rumah jenis 3 bilik berkeluasan 850kp itu bernilai RM76,500. Semoga dengan bantuan ini Puan Balqis sekeluarga dapat beribadah dan berteduh dalam rumah yang lebih selesa. Terima kasih diucapkan kepada muzakki yang berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Teruskan sokongan anda. Tunaikan zakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.