BANTUAN BINA RUMAH : HAPUS AIR MATAMU
Ummul Kheir Aishah Ahlul Walia bt Ismail
Kg. Changkat Perah, Batu Kurau
TAIPING - Puan Aishah merupakan balu kematian suami. Dia mempunyai tujuh orang anak. Anak sulungnya hanya bersekolah sehingga Tingkatan 1 sahaja kerana dia tidak mampu lagi menanggung persekolahan anaknya itu. Puan Aishah tidak bekerja kerana menguruskan anak-anak yang masih kecil. Dia menanggung perbelanjaan mereka dengan wang sumbangan daripada JKM.
Mereka tinggal di rumah pusaka milik keluarga Almarhum suaminya sejak empat tahun yang lalu. Rumah yang menjadi kenangan mereka sekeluarga itu ditimpa pokok besar semasa hujan ribut. Bumbung rumahnya tercabut. Ada bahagian dinding runtuh dihempap pokok. Puan Aishah tidak mampu membaik pulih kerosakan rumah tersebut. Sejak kematian suami, tapak rumah tersebut telah menjadi milik iparnya. Kini dia perlu mengosongkan rumah tersebut dengan kadar segera. Dia tidak mampu menyewa rumah yang lain. Akhirnya, Puan Aishah memohon bantuan MAIPk.
Alhamdulillah kini Puan Aishah boleh membawa anak-anaknya berpindah ke rumah baharu milik mereka. Rumah tersebut dibina di atas tanah milik bahagian almarhum suaminya. MAIPk Daerah Taiping menyalurkan bantuan rumah jenis tiga bilik. Rumah berkeluasan 850kp dan bernilai RM76,500 itu disampaikan oleh Ustaz Zulfadli bin Baharum, Pegawai Baitulmal MAIPk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada muzakki yang sentiasa bersama kami. Teruskan sokongan anda dengan menunaikan zakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Semoga lebih banyak asnaf yang dapat kami santuni. Untuk berzakat melalui online FPX. Klik
https://ezakat.maiamp.gov.my
https://www.facebook.com/reel/5969742419774890