BANTUAN BINA RUMAH : NIKMAT DI HARI TUA
Musa bin Mat Rawi
Felda Besout 1, Sungkai
TAPAH - Encik Musa kini sudah menjangkau usia 63 tahun. Dia mempunyai lapan orang anak. Lima orang anaknya sudah bekerja dan tinggal berasingan bersama pasangan masing-masing. Kini tiga orang anak perempuannya yang masih bujang, tinggal bersama-sama Encik Musa dan isteri. Dua orang anaknya baru menamatkan pengajian dan sedang menunggu lamaran kerja. Manakala anak bongsunya masih menuntut di UiTM Pahang.
Encik Musa menjual sayur-sayuran untuk menafkahi keluarganya. Dia menanam sayuran tersebut di tanah milik Felda. Anggaran pendapatannya adalah sebanyak RM500 sebulan. Mereka tinggal di rumah sewa pekerja Felda dengan kadar sewa RM250 sebulan. Anaknya yang sudah bekerja akan membayarkan sewa rumah serta membeli beras dan makanan sekitar RM300 sebulan.
Encik Musa menghidap penyakit darah tinggi dan gout. Apabila goutnya menyerang, dia tidak dapat bekerja dan terpaksa berehat di rumah. Mereka sudah banyak kali berpindah ke rumah sewa Felda yang lain bergantung pada kekosongan rumah dan arahan daripada pihak Felda. Encik Musa sudah lanjut usia dan tidak mampu lagi bekerja dengan Felda. Untuk menyewa rumah di luar sana dia tidak mampu. Akhirnya dia memohon bantuan MAIPk.
Syukur permohonannya diluluskan. Encik Musa menerima bantuan rumah baharu daripada MAIPk Daerah Tapah. Rumah jenis 3 bilik itu berkeluasan 680kp. Ini merupakan nikmat pada hari tua yang sangat dihargai Encik Musa. Terima kasih para muzakki. Dana zakat daripada anda telah memberi sinar baharu dalam hidup Encik Musa sekeluarga. Teruskan sokongan anda dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
https://www.facebook.com/reel/574298898062511