• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

RM3.5 JUTA BANTUAN PERUBATAN MAIPk TAHUN 2022

Mutakhir ini, penyakit pelik-pelik semakin banyak. Muncul penyakit yang kita tidak pernah atau jarang-jarang dengar. Kebolehjangkitan penyakit juga semakin tinggi dan membimbangkan. Cuaca yang tidak menentu juga menyumbang kepada penyebaran penyakit-penyakit ini.

Katil-katil di wad hospital sentiasa penuh. Wad kecemasan sesak dengan pesakit-pesakit yang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Ada yang perlu menunggu berhari-hari untuk ditempatkan di katil wad hospital.

Pesakit semakin bertambah. Bekalan ubat pula terhad. Kos perubatan dan pembedahan juga meningkat. Sesetengah kes, pesakit perlu melunaskan dahulu kos pembiayaan sebelum pembedahan dapat dijalankan kerana hospital perlu membeli sebahagian peralatan daripada luar. Jika tidak, pembedahan perlu ditangguhkan sehingga mempunyai duit yang cukup.

Kasihani mereka yang diuji dengan kesakitan. Tidak semua bernasib baik seperti kita yang masih diberikan nikmat sihat oleh Allah SWT. Zakat anda amat diperlukan. Bantulah mereka.

Sebanyak RM3,509,050.81 telah disalurkan kepada asnaf melalui Bantuan Perubatan MAIPk pada tahun lalu. Seramai 536 orang yang menerima manfaat perubatan ini pada tahun 2022.

Bagaimana dengan tahun ini? Masih ramai yang perlu dibantu dan mereka sangat-sangat memerlukan pertolongan anda. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk agar dapat kami salurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.