MAIPK DAN ASNAF
Pembangunan golongan asnaf di negeri Perak tidak mampu direalisasikan tanpa peranan penting yang dimainkan oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Negeri Perak. Pelbagai skim bantuan dana zakat yang diuruskan oleh bahagian zakat MAIPk telah menyumbang kepada peningkatan taraf hidup asnaf. Konsep memberi mata kail dan umpan menjadi fokus MAIPk dalam memastikan setiap golongan asnaf yang dibantu mampu berdiri di atas kaki sendiri secara berterusan.
Secara amnya, tujuan bahagian agihan zakat ini diwujudkan adalah untuk menjadikan bahagian zakat sebagai asas pembangunan umat Islam di negeri Perak dan memastikan kutipan yang telah diperoleh daripada pembayar-pembayar zakat dapat diagihkan secara sama rata dan saksama kepada golongan yang layak menerimanya mengikut garis panduan had kifayah yang telah perakui oleh hukum syarak.
Kami amat komited dalam perancangan dan hala tuju pembangunan ekonomi dan sosial asnaf agar golongan ini terbela. Serta dapat menikmati kemurahan Allah SWT juga keadilan agama Islam. Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan bernas untuk tujuan peningkatan kualiti dan peningkatan dalam pengurusan zakat.
Kami juga menyeru agar umat Islam negeri Perak bersatu hati dan terus bersama-sama kami dalam memperjuangkan nasib para asnaf dengan membayar zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat emas dan perak serta zakat-zakat lain yang diwajibkan ke atas kita untuk menunaikannya. Berzakatlah dengan Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my