• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : KASIH IBU

Mohamad Solihin bin Mohamad Azrul
Taman Lekir Indah, Batu 12, Lekir

MANJUNG - Adik Solihin merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Mereka sekeluarga tinggal di rumah pusaka datuknya di Lekir, Perak. Ibunya menjaga mereka empat beradik bersendirian kerana ayahnya sudah meninggal dunia bulan 12 tahun lalu. Ibunya tidak bekerja kerana menjaganya dan adik-beradik yang lain. Adik Solihin merupakan pesakit OKU terlantar sejak lahir. Dia tidak dapat menguruskan diri sendiri dan segalanya bergantung pada bantuan ibunya. Abangnya pula merupakan OKU pendengaran dan percakapan.

Ibunya tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain. Syukur masih ada yang prihatin akan nasib mereka sekeluarga. Ibunya ada menerima bantuan kewangan daripada MAIPk sebanyak RM500 sebulan. Selain itu, ibunya ada menerima bantuan untuk pesakit terlantar daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan. Dengan wang bantuan itulah ibunya menyara persekolahan seorang adiknya dan menampung keperluan perubatan dan perbelanjaan harian mereka.

Sebelum ini, segala urusan harian Adik Solihin diuruskan oleh arwah bapanya dengan dibantu oleh ibunya. Sejak kematian arwah bapa, ibunya terpaksa menguruskannya sendirian. Ibunyalah yang mengangkat Adik Solihin dari atas lantai untuk dialihkan ke kerusi roda setiap kali Adik Solihin ingin mandi atau ke tandas. Hal ini menyebabkan ibunya sakit pada bahagian tulang belakang. Kerusi roda sedia ada pula sudah uzur. Bimbang kesihatan tulang belakang ibunya semakin memburuk, ibunya memohon bantuan peralatan perubatan daripada MAIPk.

Alhamdulillah, MAIPk telah meluluskan permohonan mereka. Pegawai Baitulmal Daerah Manjung telah menyerahkan bantuan peralatan perubatan kepada Adik Solihin berupa sebuah katil boleh laras dua fungsi, tilam angin, kerusi roda dan kerusi tandas beroda. Bantuan tersebut bernilai RM2,498. Semoga dengan bantuan ini memudahkan ibunya menguruskannya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.