• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : TERUSKAN LANGKAHMU

Muhammad Akif bin Mahathir
Seri Manjung

MANJUNG - Allah SWT menguji hamba-Nya untuk meningkatkan lagi darjat dan martabat mereka di sisi-Nya. Manusia diuji dengan pelbagai ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan kekurangan harta, ujian dunia, ujian sakit dan sebagainya. Begitu juga ujian yang menimpa Adik Akif dari Manjung. Dia mengalami kecacatan fizikal sejak kecil lagi. Kedua-dua belah kakinya menjadi lembik dan menyebabkannya sukar untuk berdiri sendiri.

Bapa Adik Akif berkhidmat sebagai tentera laut manakala ibunya tidak bekerja. Adik Akif mempunyai tiga orang adik-beradik lain yang masih kecil dan masih bersekolah di sekolah rendah. Mereka sekeluarga tinggal menumpang di rumah keluarga. Selain mempunyai kecacatan pada kakinya, Adik Akif juga menghidap penyakit sawan.

Namun begitu, Adik Akif tidak patah semangat untuk terus berlatih berjalan. Dia belajar berjalan menggunakan tongkat beroda. Ketika di sekolah pula, dia menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya. Dia memerlukan sepasang alat jenis Cascade Dafo yang dapat membantu menguatkan kakinya dan menyokongnya untuk berdiri. Bapanya pernah memohon bantuan untuk membeli alatan tersebut daripada sebuah organisasi yang lain pada tahun lepas namun tiada jawapan yang diterimanya. Akhirnya, bapanya tampil memohon bantuan MAIPk untuk membeli alatan tersebut.

Alhamdulillah, permohonan mereka mendapat jawapan balas daripada MAIPk. Pada 1 September 2022 yang lalu, Puan Noor Fatihah binti Jamaludin selaku Pegawai MAIPk Daerah Manjung telah menyerahkan bantuan perubatan kepada Adik Akif berupa sepasang alat jenis Cascade Dafo-Kangroo dan juga sepasang kasut Lazarus Ponseti dan Bas Statik yang bernilai RM1,800. Diharapkan dengan bantuan ini dapat menyokong Adik Akif berlatih berjalan dan menguatkan kakinya untuk berdiri dengan lebih baik.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.