BANTUAN BINA RUMAH : RETAK MENANTI REBAH
Jamilah binti Dan
Kg. Pak Dolah, Ayer Putih, Kamunting
TAIPING - Puan Jamilah berumur 57 tahun dan berasal dari Ayer Putih, seorang balu dan mempunyai dua orang anak, kedua-dua anaknya perempuan. Seorang anaknya masih bujang manakala seorang lagi telah meninggal dunia dan meninggalkan dua orang cucu yang dipeliharanya sendiri.
Puan Jamilah tidak bekerja dan pendapatan bulanannya hanya bergantung kepada Pencen Penakat sebanyak RM446.87. Mujurlah menantu lelakinya ada menyumbangkan sedikit duit belanja bulanan kerana menjaga cucu-cucunya, dapatlah menampung perbelanjaan mereka. Menantunya tidak dapat menjaga sendiri anak-anaknya kerana perlu keluar bekerja di luar Perak.
Kini Puan Jamilah diuji pula dengan kondisi rumahnya yang sudah tidak selamat lagi untuk didiami selepas mengalami retak pada struktur dindingnya. Rumahnya mengalami kerosakan yang teruk akibat tanah mendap, mengakibatkan struktur dinding kayu dan lantai sudah tidak sama paras dan senget. Rumah Puan Jamilah itu hanya menunggu masa rebah ke bumi. Kerosakan rumahnya semakin parah dan perlu dibaiki segera. Namun dia tidak mempunyai wang untuk membaik pulih rumah tersebut. Akhirnya Puan Jamilah tampil memohon bantuan baik pulih rumah daripada MAIPk.
Selepas berkunjung ke rumah Puan Jamilah, kami mendapati kerosakan pada rumahnya bukanlah kecil, tanahnya pula sudah mendap. Jika dibaiki memerlukan kos yang sangat tinggi malah mungkin hanya bersifat sementara jika tidak memulihkan dahulu struktur tanah tapak rumah tersebut.
Akhirnya pada 6 April 2022 keputusan mesyuarat meluluskan pembinaan rumah baharu buat Puan Jamilah kerana tapak rumah perlu dipulihkan terlebih dahulu dengan menambak dan menanam cerucuk kayu bakau sebelum didirikan rumah bagi mengelakkan mendapan tanah berlaku. Selepas meruntuhkan rumah sedia ada, proses menambak dan membaik pulih tanah dilakukan barulah dibina rumah baharu jenis 3 bilik yang berkeluasan 850 kaki persegi. Rumah bernilai RM76,500 itu telah diserahkan kepada Puan Jamilah sekeluarga. Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan serta kebimbangan Puan Jamilah sekeluarga.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my