PROGRAM ZIARAH ASNAF MAIPk SANTUNI ASNAF SEKITAR LENGGONG
LENGGONG, 14 September 2022 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Daerah Lenggong mengadakan Program Ziarah Asnaf Siri ke-2. Program turun padang kali ini diketuai oleh Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH Dato' Ar.LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi bersama Pegawai Baitulmal Daerah Lenggong, AF Ust. Ariefullah Bin Mashudi, Penghulu-penghulu Mukim daerah Lenggong dan pekhidmat agihan zakat. Program ziarah ini telah menyantuni 6 buah keluarga asnaf di sekitar kawasan berikut :
1. Kg. Gelok - Kes pesakit radang sendi tulang & balu;
2. Kg. Banggol Batu - Kes pesakit masalah injap jantung;
3. Kg. Chepor - Pemantauan Bantuan Baik Pulih Rumah;
4. Kg. Chepor - Pemantauan Bantuan Bina Rumah Baharu;
5. Kg. Kota Tampan - Kes pesakit terlantar (Stroke); dan
6. Kg. Changkat Berangan - Kes pesakit kanser usus & batu karang dalam buah pinggang.
Program bermula jam 9.30 pagi diadakan secara konvoi santai dan berakhir pada jam 2.00 petang. Semoga kesemua asnaf yang diziarahi sentiasa redha dan bersabar dengan dugaan yang dihadapi serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.