Majlis Tuaian Pertama Tanaman Pertanian Hidroponik MAIPk
IPOH, 9 September 2022 – Projek Tanaman Pertanian Hidroponik Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) berjaya dibangunkan dengan hasil tuaian tanaman sayur-sayuran seperti bayam, kailan, pak choy, sawi dan salad. Majlis tuaian pertama tanaman hidroponik disempurnakan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini di laman hidroponik Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Melalui kaedah tanaman hidroponik mampu memanfaatkan sumber makanan dan memupuk minat dalam bidang pertanian. Selain itu, jika diusahakan sendiri mampu membantu mengurangkan kos sara hidup dan dijadikan sebagai satu hobi untuk keluarga atau komuniti di samping berpeluang mendapatkan sumber makanan yang sihat. Sebagai permulaan, kira-kira 70 set tanaman hidroponik dituai untuk diagihkan kepada pekhidmat MAIPk.Turut hadir pada majlis ini Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Pengurs Bank Islam Ipoh, Encik Hasnul Hadi bin Ahmad serta pegawai-pegawai dan pekhidmat MAIPk.