• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : SEBIDANG TANAH PENINGGALAN

Zamry bin Mat Rashid
Jalan Bagan Serai, Kg. Lembah Keluang

SELAMA - Encik Zamry dari Kampung Lembah Keluang merupakan pemegang kad OKU fizikal kerana menderita penyakit saraf tulang. Selain itu, dia juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Penyakit saraf tulang itu membuatkan dia sukar untuk berjalan dengan baik. Hal ini menyebabkan dia tidak dapat bekerja untuk menyara keluarganya.

Ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya, Encik Zamry menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. Dengan duit itulah dia menyara kehidupan keluarganya dan persekolahan seorang anaknya. Isterinya pula tidak dapat keluar bekerja kerana sibuk menjaga dan menguruskan dirinya.

Mereka sekeluarga tinggal menumpang di sebuah bangunan stor milik bapa saudaranya. Stor yang merupakan tempat menyimpan barangan seperti kerusi, meja serta alatan untuk kenduri kahwin itulah tempat mereka berteduh. Mereka menyusun barangan yang ada ke sudut yang lain supaya dapat memuatkan katil dan pakaian milik mereka. Di ruangan itulah mereka sekeluarga melakukan aktiviti seperti memasak, tidur dan di ruang yang sama jugalah tempat anak mereka belajar.

Hal yang paling membimbangkan hati Encik Zamry berlaku juga. Bapa saudaranya meminta mereka mengosongkan stor tersebut dalam masa terdekat kerana tiada tempat lain untuk menyimpan barangan miliknya. Encik Zamry terdesak untuk mencari rumah yang lain dalam masa yang terdekat. Akhirnya dia memohon bantuan bina rumah di atas tanah sendiri daripada MAIPk memandangkan dia memiliki sebidang tanah di kampung tersebut. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan kerana dia tidak mampu untuk membayar sewa rumah sekiranya mereka berpindah.

Syukur rezeki menyebelahi Encik Zamry sekeluarga. Permohonan mereka diluluskan. Pada 18 Ogos 2022 yang lalu kunci rumah baharu bernilai RM61,200 yang siap dibina telah diserahkan kepada Encik Zamry. Rumah berkeluasan 680kp itu diserahkan oleh Cik Nur Fatin Azarina binti Nor Affendy selaku pegawai MAIPk yang bertugas. Diharapkan dengan bantuan ini, Encik Zamry sekeluarga hidup lebih selesa tanpa kebimbangan lagi.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.