• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN IPOH SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. BERJUMLAH RM488,568.78

PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN IPOH SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. BERJUMLAH RM488,568.78

IPOH, 2 September 2022 - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diadakan di Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Penyerahan zakat perniagaan syarikat berjumlah RM488,568.78 bagi tahun kewangan berakhir 2021 telah di serahkan oleh Cik Yusmah Binti Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. (KPJ Ipoh) kepada  Encik Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Suhaimi Bin Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk. Berdasarkan rekod,  syarikat ini adalah antara syarikat yang konsisten menunaikan zakat perniagaan di negeri Perak dan jumlah zakat yang diserahkan sentiasa meningkat setiap tahun. Penyerahan zakat ini akan membantu memenuhi keperluan dan pembangunan asnaf zakat di negeri Perak melalui program-program yang telah dirangka supaya agihannya lebih berkesan dan tersusun.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.