BANTUAN MODAL : PASTRI KEGEMARAN
Hamidah bt Zulkifli
Batu 30 1/2, Kota Lama Kiri
KUALA KANGSAR - Puan Hamidah berumur 43 tahun dan berasal dari Batu 30 1/2, Kota Lama Kiri. Sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Seorang anaknya masih bersekolah rendah dan tiga lagi anaknya menuntut di IPT dan tinggal di kolej kediaman masing-masing. Suaminya merupakan pemandu kenderaan sebuah institusi. Manakala Puan Hamidah menjalankan perniagaan sendiri daripada rumah dengan mengambil tempahan katering dan membakar pastri seperti kek dan biskut. Dengan pendapatan bulanan sekitar RM1000 dapatlah dia membantu suami dalam menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
Kini pelanggan pastrinya semakin bertambah dan permintaan semakin meningkat. Namun oven sedia ada berkapasiti kecil hingga dia terpaksa membakar keknya berkali-kali dalam sehari. Bimbang hatinya oven tersebut akan rosak semasa digunakan. Manakala mesin penguli adunan juga cuma dapat menampung lebih kurang sekilo sahaja bancuhan adunan.
Jadi untuk memudahkan kerja serta dapat menjimatkan masa, Puan Hamidah memohon bantuan modal perniagaan daripada MAIPk untuk membeli oven dan mesin penguli tepung yang lebih besar untuk menguli adunan dan membakar pastri sekali gus dalam kuantiti yang banyak. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan.
Alhamdulillah berkat doa dan pengharapan kepada Allah SWT, pada 19 Julai 2022 MAIPk meluluskan bantuan modal perniagaan kepada Puan Hamidah berupa oven dan penguli tepung yang bernilai RM5,050. Bantuan tersebut telah diserahkan oleh Cik Nor Fadilah binti Mat Saat selaku Pegawai Agihan Bantuan Modal MAIPk.
Diharapkan dengan bantuan ini dapat memudahkan Puan Hamidah membuat pastri dengan lebih banyak di samping menambahkan lagi sumber pendapatan mereka sekeluarga. Semoga suatu hari nanti Puan Hamidah pula menjadi salah seorang muzakki di negeri Perak. Amin!
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my