• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL - AIR TEBU PAK SALEH

Saleh bin Baharin
Kampung Jaya, Kuala Slim

MUALLIM - Encik Saleh berumur 49 tahun dan berasal dari Kampung Jaya. Sebelum ini Encik Saleh bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur. Namun ada tragedi yang menimpa dan dia bersara dengan mendapat pencen ilat sebanyak RM240 sebulan. Dia kini seorang OKU fizikal dan mendapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM460.

Selepas tidak lagi menjadi pemandu lori, Encik Saleh pulang ke Kampung Jaya untuk memulakan hidup yang baharu. Dia menjual air tebu di tepi jalan berhadapan kedai makan PakYa Bistro di Kuala Slim. Tempat tersebut agak strategik untuk menjual air tebu. Syukurlah purata pendapatan hasil jualan air tebunya mencecah RM800 sebulan. Sudah 10 tahun Encik Saleh berniaga di situ.

Encik Saleh bertemu jodoh dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak. Dua orang anak tirinya sudah bekerja dan tidak lagi tinggal bersama mereka. Tiga lagi anak tirinya masih bersekolah. Isterinya tidak bekerja, jadi segala perbelanjaan sekolah, sewa rumah dan lain-lain ditanggung Encik Saleh. Kadar sewa rumah mereka di Bandar Behrang ialah RM400 sebulan, manakala bil bulanan mereka mencecah RM200. Hal ini menjadikan Encik Saleh semakin gigih berniaga.

Pada saat air tebunya mendapat sambutan ramai, mesin perah tebunya pula rosak dan tidak dapat dibaiki lagi. Kini dia terpaksa meminjam mesin perah tebu milik adiknya. Namun mesin itu juga sering rosak kerana sudah uzur dan kos membaikinya pula agak mahal. Dia tidak dapat membaiki mesin tebu tersebut ekoran daripada bantuan bulanan yang diterima hanya cukup untuk menampung perbelanjaan isi rumahnya sahaja.

Jika mesin tebunya rosak bagaimana dia hendak menjual air tebu lagi. Jadi Encik Saleh telah memohon bantuan daripada MAIPk di bawah Skim Bantuan Peralatan untuk membeli mesin perah tebu heavy duty. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan kerana jualan air tebu itulah satu-satunya punca pendapatan buat mereka sekeluarga.

Alhamdulillah rezeki menyebelahi Encik Saleh dan keluarganya. Permohonan untuk mendapatkan mesin perah tebu jenis heavy duty yang baharu diluluskan. Mesin tebu bernilai RM5500 itu telah selamat diserahkan kepada Encik Saleh. Semoga dengan bantuan ini dapat membantu Encik Saleh memerah tebu dengan lebih mudah serta dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka sekeluarga.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.