• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : RUMAH SEWA DIGANTI DENGAN MAHLIGAI

Suhaidi bin Mahamad
Belakang Dewan Batu 17, Padang Rengas

KUALA KANGSAR - Encik Suhaidi yang berumur 55 tahun berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Pada usianya sebegini masih lagi gagah mencari rezeki sebagai tukang kebun sekolah. Dengan pendapatannya RM1100 itulah dia menyara hidupnya suami isteri dan tiga orang anaknya yang masih lagi bersekolah.

Encik Suhaidi bersama keluarganya sudah 20 tahun tinggal menyewa di sebuah rumah kampung yang terletak di Belakang Dewan Batu 17. Walaupun kadar sewa rumah tersebut hanya RM150 sebulan, mereka terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan keperluan lain ekoran daripada pendapatannya yang kecil. Adakalanya mereka perlu mengikat perut kerana wang gajinya sudah habis sebelum sampai hujung bulan. Namun Encik Suhaidi sanggup ikat perut demi persekolahan anak-anaknya.

Kini seperkara lagi membimbangkannya, rumah sewa yang sudah sekian lama mereka duduki sudah semakin uzur dimamah usia. Kini atap rumah tersebut sudah bocor pada kebanyakan tempat. Ditambah pula tangga utama untuk naik ke rumah tersebut sudah mulai reput. Hal tersebut membahayakan keselamatan mereka sekeluarga.

Untuk mengganti kerosakan rumah tersebut dia tidak mampu. Untuk makan pun adakalanya mereka terpaksa ikat perut ekoran pendapatan bulanannya yang kecil. Hampir keseluruhan gajinya diperuntukkan untuk persekolahan anak-anaknya. Encik Suhaidi memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk. Permohonan tersebut dibuat atas tanah milik isterinya. Besar harapannya agar permohonannya diterima. Syukur ke hadrat Ilahi. Berkat kesabaran mereka sekeluarga, akhirnya mereka menerima khabar gembira bahawa permohonan tersebut diluluskan oleh MAIPk.

Hari berganti hari, pembinaan rumah tersebut berjalan seperti yang dijadualkan. Pada 25 Mac 2022 yang lalu, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamad Nor selaku Pegawai Baitulmal Daerah telah menyerahkan kunci rumah baharu kepada Encik Suhaidi sekeluarga. Rumah tiga bilik berkeluasan 850 kp itu bernilai RM54,000. Diharapkan dengan bantuan rumah ini Encik Suhaidi sekeluarga hidup lebih selesa dan semoga Encik Suhaidi dan isteri sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Amin!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang bersama-sama membantu kami meringankan bebanan yang ditanggung Encik Suhaidi sekeluarga. Dana zakat anda kali ini telah bertukar bentuk kepada sebuah rumah baharu buat asnaf di Kuala Kangsar. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk kerana masih ramai lagi asnaf yang perlu dibantu. “Daripada anda, Untuk mereka”. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Lebih mudah, pantas dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.