BANTUAN MODAL : REZEKI ANAK SYURGA
Noraini binti Mohd Ali
Jalan Ngah Mat Saman, Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR - Puan Noraini yang berumur 57 tahun mempunyai seorang anak syurga yang berumur 36 tahun. Mereka sekeluarga tinggal bersama-sama dengan ibu dan kakak iparnya. Anak perempuannya itu memerlukan perhatian rapi daripadanya. Ibunya pula sudah uzur dan bertongkat, maka dia dan kakak iparnya yang menjaga ibu dan anak istimewanya itu di rumah.
Suaminya mengambil upah menoreh getah milik orang kampung untuk menyara kehidupan mereka. Puan Noraini pula mengusahakan perniagaan menjual kerepek pisang dari rumah. Perniagaan kerepek pisangnya itu diusahakan sejak PKP tahun 2019. Pada asalnya dia membuat kerepek pisang daripada lebihan pisang hasil tanaman suaminya. Setelah dia menjualnya kepada penduduk setempat, pelanggannya menyukai kerepek pisang tersebut.
Kini Puan Noraini sudah mempunyai pelanggan tetapnya sendiri. Malah kerepek pisangnya kini sudah memiliki agen-agen di sekitar Kuala Kangsar dan Manjung. Ekoran daripada itu, Puan Noraini membeli bekalan pisang mentah daripada peraih dan orang kampungnya. Perniagaan kerepek pisangnya sudah menjadi punca pendapatan buat mereka sekeluarga.
Kini permintaan kerepek pisangnya semakin meningkat terutama apabila tiba musim perayaan. Puan Noraini memohon bantuan modal perniagaan daripada MAIPk untuk membeli sealer dan vegetable cutter yang baharu kerana sebelum ini dia cuma menyagat nipis pisang-pisangnya menggunakan pisau tangan sahaja dan sealer lamanya pula sudah rosak.
Alhamdulillah, hasil siasatan mendapati jualan kerepek pisang Puan Noraini mendapat permintaan ramai dan berpotensi untuk dimajukan lagi. Pada 15 Jun 2022 yang lalu Cik NorFadilah binti Mat Saad selaku Pegawai MAIPk telah menyerahkan bantuan modal perniagaan kepada Puan Noraini berupa mesin penyagat pisang dan ‘pedal sealer’ 24 inci berjumlah RM3,850. Diharapkan dengan bantuan ini dapat mengembangkan lagi perniagaan kerepek pisang Puan Noraini dan dapat mencukupkan keperluan keluarganya. Semoga Puan Noraini menjadi pengeluar zakat pula pada masa akan datang seiring kejayaan perniagaan kerepeknya. Amin!
Jutaan terima kasih kepada para muzakki di luar sana yang bersama-sama MAIPk membantu meringankan bebanan yang ditanggung Puan Noraini. Dana zakat daripada anda kali ini telah bertukar bentuk kepada bantuan modal perniagaan kerepek pisang yang diusahakannya. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Masih banyak lagi asnaf yang memerlukan bantuan daripada anda. “Daripada anda, untuk mereka. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Lebih cepat, mudah, dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my