• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : RUMAHKU SYURGAKU

Khairul Azmi bin Ahmad Zabidi
Kampung Lasah, Sungai Siput (U)

KUALA KANGSAR - Encik Khairul Azmi, seorang buruh kontrak dari Kampung Lasah memohon bantuan rumah baharu daripada MAIPk ekoran pendapatannya yang kecil mengakibatkan dia tidak mampu lagi tinggal menyewa. Dengan pendapatannya sekitar RM750 sebulan itulah digunakan untuk membayar sewa rumah dan menyara persekolahan anak-anaknya. Dua orang anaknya masih bersekolah rendah manakala dua orang lagi sudah pun menjejakkan kaki di bangku sekolah menengah. Sudah tentulah keperluan perbelanjaan bulanan mereka semakin meningkat.

Keadaan kesihatannya pula seperti tidak mengizinkan untuk dia terus bekerja. Encik Khairul menderita sakit jantung sejak sekian lama. Malah sehingga kini penyakit jantungnya itu masih lagi dalam pemantauan doktor pakar. Kerja sedia ada yang dilakukannya juga sering terganggu. Adakalanya dia tidak dapat datang bekerja apabila sakit jantungnya menyerang. Disebabkan sering mengambil cuti, upahnya sudah pasti berkurangan.

Memikirkan masalah yang ditanggungnya, Encik Khairul tampil memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk. Berkat doa dan pengharapan yang tinggi ke hadrat Ilahi permohonannya diluluskan. Keputusan mesyuarat pihak MAIPk bersetuju meluluskan peruntukan khas bagi bantuan bina rumah jenis A (3 bilik) melalui program projek Baiti Jannati yang melibatkan kerjasama denganTenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tahun 2020.

Alhamdulillah segala urusan pembinaan rumahnya berjalan lancar. Tanggal 10 Februari 2022 merupakan tarikh penyerahan kunci rumah baharu jenis 3 bilik bernilai RM50,000 kepada Encik Khairul sekeluarga. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Mohammed Murshid bin Mohd Zahis, selaku pegawai MAIPk yang bertugas. Diharapkan dengan bantuan rumah baharu ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung Encik Khairul sekeluarga.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang sama-sama membantu kami meringankan bebanan yang ditanggung oleh Encik Khairul Azmi sekeluarga dalam pembinaan rumah baharu mereka. Sesungguhnya zakat anda mungkin kecil di mata anda namun nilainya sangat besar buat asnaf di luar sana. Malah dengan zakat anda itu dapat mengubah nasib kehidupan mereka. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar lebih banyak asnaf yang dapat kami santuni. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Lebih mudah, pantas dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.