PRODUK USAHAWAN ASNAF ZAKAT PERAK - MAIPk LAKU KERAS
IPOH, 30 Julai 2022 - Team Usahawan Asnaf MAIPk hari ini dijemput dan diberikan ruang serta peluang untuk membuka booth promosi & jualan produk-produk makanan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444H Peringkat Negeri Perak di Amanjaya Convention Centre, Meru, Ipoh. Empat orang usahawan asnaf MAIPk telah diamanahkan untuk mengendalikan booth jualan yang disediakan bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari tadi. Alhamdulillah, semua produk jualan menjadi rebutan orang ramai dan ianya habis dijual dalam masa yang singkat. Terima kasih kepada hampir 1000 pengunjung yang menyokong produk usahawan asnaf MAIPk.