• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL PERALATAN : REZEKI BIDANG JAHITAN

Muhamad Rodzi bin Ab Kadir
Kampung Paya Simpang Tiga, Rantau Panjang
Bantuan Modal Peralatan


SELAMA - Setelah dua tahun Encik Muhamad Rodzi bin Ab Kadir menjadikan bidang jahitan sebagai sumber mata pencariannya semasa tinggal bersama-sama kakaknya di Kuala Lumpur, kini dia terpaksa beralih arah. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya di Kampung Paya Simpang Tiga, Rantau Panjang bagi menjaga ibu dan neneknya yang sakit.

Rumah di kampungnya itu tiada mesin jahit. Lagipun, semasa di Kuala Lumpur dia menggunakan mesin jahit kakaknya. Hendak membeli set mesin jahit sendiri dia tidak mampu. Lalu dia pun melakukan kerja-kerja kampung untuk menampung kehidupan. Dapatlah dia meraih pendapatan sekitar RM500 sebulan.

Walau bagaimanapun, minat dan bakatnya dalam bidang jahitan tidak pernah luntur. Dia juga yakin, jika dia dapat menjahit semula, dia mampu meraih pendapatan bulanan yang lebih baik. Apakan daya, semua itu terpaksa dipendamkan sahaja sehinggalah akhirnya dia nekad memohon bantuan daripada MAIPk.

Pada 29 Mac 2022, Pegawai MAIPk Daerah Selama, Cik Nur Fatin Azarina telah mengunjungi Encik Muhamad Rodzi untuk meninjau bentuk bantuan yang selayaknya diberikan kepadanya. Dengan pengalaman dan bakat serta kelulusan yang dimilikinya dalam bidang jahitan, akhirnya MAIPk menyerahkan bantuan berupa sebuah mesin jahit tepi, sebuah mesin jahit biasa dan kelengkapan menjahit yang bernilai RM6000 pada 16 Jun 2022 untuk membolehkan Encik Muhamad Rodzi meneruskan usahanya dalam bidang jahitan.

Begitu bersyukurnya Encik Muhamad Rodzi menerima bantuan tersebut. Semangatnya membara untuk kembali meneruskan usaha dalam bidang jahitan. Semoga usahanya itu akan beroleh kejayaan demi kehidupan yang lebih baik. Terima kasih para muzakki negeri Perak. Teruskan istiqamah melaksanakan kewajipan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan zakat harta anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.