• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : DARIPADA RUMAH LADANG KE RUMAH BAHARU

Alias bin Abas
Parit Haji Aman, Bagan Serai
Bantuan Bina Rumah


BAGAN SERAI - Hendak keluar dari ladang sawit tempat isterinya bekerja, tiada pula tempat yang dapat dituju. Hendak terus berteduh di rumah ladang itu secara percuma, mesti ada isi rumah yang sanggup bekerja sebagai buruh sawit di ladang itu. Masalahnya, dia sendiri sudah tidak boleh bekerja kerana umurnya telah mencapai had maksimum yang dibolehkan bekerja di ladang itu selain kesihatannya juga sudah kurang baik.

Itulah dilema yang dihadapi oleh Encik Alias bin Abas setiap kali melihat kelibat isterinya pergi dan balik dari ladang sawit tempat isterinya itu bekerja sebagai buruh sawit. Sudah tidak sanggup rasanya membiarkan isterinya itu pula yang terpaksa meneruskan pekerjaan yang suatu ketika dahulu dia sendiri yang melakukannya. Walaupun pekerjaan itu amat berat, namun tetap sanggup dipikul oleh isterinya agar mereka sekeluarga masih punyai tempat berteduh. Selain itu, dapatlah juga menampung perbelanjaan mereka sekeluarga dengan gaji sebanyak lebih kurang RM1000 sebulan yang diperolehnya.

Oleh kerana sudah tidak sanggup melihat isterinya terpaksa berkorban sebegitu rupa, akhirnya Encik Alias mengambil keputusan untuk berpindah keluar daripada rumah ladang yang telah didiami mereka sejak tahun 1989 itu. Dengan berbekalkan sekeping tanah atas nama anaknya, Encik Alias pun bertekad memohon bantuan daripada MAIPk.

Syukurlah, berdasarkan siasatan Pegawai Baitulmal MAIPk Bagan Serai, Encik Alias didapati layak menerima bantuan bina rumah MAIPk. Begitu bersyukurnya Encik Alias sekeluarga apabila akhirnya rumah sendiri yang dihajatinya itu menjadi realiti. Pada 23 Mei 2022 yang lalu, kunci rumah baharu tiga bilik yang bernilai RM76,500 itu diserahkan kepada Encik Alias untuk sedia didiami. Setelah sekian lama mendiami rumah ladang sawit itu, kini Encik Alias sekeluarga dapat merasai keselesaan tinggal di rumah sendiri.

Terima kasih para muzakki tegar negeri Perak. Zakat yang anda tunaikan dengan istiqamah saban tahun itulah yang membolehkan impian golongan asnaf menjadi kenyataan. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan sahaja zakat harta anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.