BANTUAN BINA RUMAH : RUMAH YANG SELAYAKNYA
Ibrahim bin Ishak
Parit Sungai Betul Bawah, Bagan Tiang
Bantuan Bina Rumah
PARIT BUNTAR - Rumah yang didiami oleh Encik Ibrahim bin Ishak di Parit Sungai Betul Bawah, Bagan Tiang, Parit Buntar itu memang rumah miliknya dan terletak di atas tapak tanah yang juga sudah menjadi kepunyaannya. Cuma keadaan fizikal rumah tersebut tidaklah sempurna. Malah, tidak selesa pun untuk didiami. Sekali imbas pun dapat dilihat rumah itu sudah usang. Jika diteliti, terlalu banyak kerosakan pada fizikal rumah itu sama ada di bahagian dalam mahupun di bahagian luar.
Namun apakan daya. Dia yang sudah berusia 71 tahun dan berstatus OKU fizikal pula pada bahagian kakinya tiada sebarang sumber kewangan untuk menampung kos baik pulih rumahnya itu. Dia hanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.
Isterinya pula sudah berusia 70 tahun dan hanya suri rumah sepenuh masa. Kedua-dua orang anak yang masih tinggal bersama-samanya itu juga tidak dapat membantu. Walaupun masing-masing sudah berusia 29 dan 32 tahun serta masih bujang namun kedua-dua orang anaknya itu menghadapi masalah lembam.
Syukur Alhamdulillah, doa Encik Ibrahim dimakbulkan Allah SWT. Bantuan daripada MAIPk datang memberikan harapan yang baharu buat dirinya sekeluarga. Setelah siasatan dijalankan, MAIPk mendapati bahawa Encik Ibrahim selayaknya diberikan bantuan menerusi skim bantuan bina rumah untuk menggantikan rumahnya yang sudah kurang selamat didiami itu.
Dengan kos sebanyak RM76,500.00 berserta kos tambahan sebanyak RM3000 bagi kerja-kerja merata dan menambak tanah serta merobohkan rumah yang lama itu, akhirnya rumah baharu buat Encik Ibrahim sekeluarga siap dibina sepenuhnya pada 22 April 2022 yang lalu dan diserahkan kepadanya. Begitu bersyukurnya Encik Ibrahim menerima bantuan ini. Tidak lekang ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripadanya berserta doa buat para muzakki yang berjasa.
Teruskan istiqamah melaksanakan kewajipan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang perlu dibela. Tunaikan zakat harta anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.