• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : TEMPAT BERTEDUH YANG BAHARU

Sheharuddin bin Mohamad
Kampung Tawai Bukit Tawai, Gerik
Bantuan Bina Rumah

GERIK - Bimbang rasa di hati Encik Sheharuddin bin Mohamad apabila adik iparnya menyatakan hasrat untuk kembali menetap semula di kampung. Bukanlah dia tidak suka akan hasrat adik iparnya itu tetapi rumah pusaka yang didiami olehnya bersama-sama isteri dan anak-anaknya itu adalah di atas tapak tanah milik adik iparnya itu. Tentulah risau hatinya memikirkan ke mana hendak dibawa keluarganya berpindah.

Sebelum ini, Encik Sheharuddin bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan. Isterinya suri rumah sepenuh masa manakala kelima-lima orang anak mereka masih belajar. Ada yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi dan ada yang masih berada di peringkat sekolah menengah.

Baru-baru ini, Encik Sheharuddin terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan tangannya patah. Keadaan ini benar-benar menjejaskan kehidupan mereka sekeluarga. Dalam keadaan kehidupannya yang serba sederhana selama ini dan ditambah pula dengan kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan jalan raya, mana mungkin Encik Sheharuddin mampu menyewa rumah yang lain nantinya apatah lagi untuk membina rumahnya sendiri.
Syukur Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan jalan keluar yang terbaik buat Encik Sheharuddin sekeluarga apabila permohonannya untuk memiliki rumah sendiri diluluskan oleh MAIPk. Mujurlah isterinya juga mempunyai tapak tanah yang sesuai dan mencukupi untuk dibina sebuah rumah tiga bilik mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh MAIPk bernilai RM76,500.

Pada 30 Mac 2022 yang lalu, rumah yang telah siap dibina dan sedia untuk diduduki itu diserahkan kepada Encik Sheharuddin. Berpindahlah Encik Sheharuddin sekeluarga dari rumah pusaka di Padang Kunyit itu ke rumah baharu mereka di Kampung Tawai, Bukit Tawai, Gerik.

Alhamdulillah, semuanya atas keyakinan para muzakki untuk terus berzakat dengan Zakat Perak MAIPk. Teruskan istiqamah berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.