• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • BANTUAN PERUBATAN : MESIN OKSIGEN BANTU MANGSA TERLANTAR AKIBAT KEMALANGAN

BANTUAN PERUBATAN : MESIN OKSIGEN BANTU MANGSA TERLANTAR AKIBAT KEMALANGAN

Mohammad Fadil bin Abdul Hanib
Bantuan Perubatan

TELUK INTAN - Encik Mohammad Fadil bin Abdul Hanib masih bujang. Usianya juga masih muda, baru mencecah 28 tahun. Sebelum ini, dia hanya bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu. Bukan tidak mahu berusaha mendapatkan pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang stabil tetapi keadaan kesihatannya agak membataskan keupayaannya. Dia penghidap penyakit asma yang kronik.


Dalam menjalani kehidupan yang amat sederhana, Encik Mohammad Fadil juga terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan bagi masalah asma yang dihadapinya itu selain menggunakan inhaler. Sudah jatuh ditimpa tangga. Kini, dia hanya terlantar di rumah ibu bapanya akibat kemalangan yang dialaminya pada tahun 2021 yang lalu. Penggunaan lampin pakai buang dan minuman susu khas menjadi keperluan hariannya kini.


Akibat kemalangan itu juga, Encik Mohammad Fadil kerap diserang sawan apabila penyakit asmanya datang menyerang. Dia juga perlu menggunakan mesin oksigen. Pada mulanya, keluarga Encik Mohammad Fadil mendapatkan mesin oksigen itu dengan menyewanya daripada pihak pembekal. Malangnya, mesin itu telah ditarik balik oleh pihak pembekal kerana keluarga Encik Mohammad Fadil tidak mampu membayar sewa bulanan mesin tersebut.


Alhamdulillah, permohonan untuk mendapatkan bantuan mesin oksigen telah diluluskan oleh MAIPk. Pada 5 April 2022 yang lalu, MAIPk telah menyerahkan bantuan mesin oksigen (long term oxygen therapy) 10 liter bernilai RM7500.00 untuk kegunaan Encik Mohammad Fadil. Semoga bantuan tersebut dapat membantu memudahkan kehidupan harian Encik Mohammad Fadil dan ahli keluarga yang menjaganya.


Terima kasih para muzakki negeri Perak. Dengan dana zakat yang terkumpul daripada anda itulah pelbagai bentuk bantuan telah dapat disalurkan kepada golongan asnaf mengikut kesesuaian dan keperluan sebenar mereka. Semoga anda semua dilimpahi dengan keberkatan dan kesejahteraan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat. Teruskan istiqamah berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.